a r i l  J o e y ' s
Assalamualaikum dan salam sejahtera,terima kasih kerana sudi blog aril yg tak seberapa dan tak famous ni,hehe.aril harap bila rakan-rakan blogger datang sini aril boleh kongsi sedikit pengisian bersama anda semua.Kalau ada post mencurigakan ianya di edit oleh admin ke-2.Harap maaf jika ada sebarang persamaan di dalam entry dan sebagainya.PEACE!


I n t e r n e t !


Salam 1 Malaysia, 1 Blogger.

Apa itu Ketagihan Internet? 
Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini 
telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit 
atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder)
 atau pun ketagihan komputer?
 Adakah ia sejenis penyakit baru yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan? 
Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit, 
sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh komputer dan internet?
 Adakah komputer atau internet juga boleh menyebabkan ketagihan?


Kajian yang dijalankan oleh Netaddiction. com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan seperti berikut:
1. Ketagihan seks siber : cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain

2. Ketagihan hubungan siber : keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya

3. Ketagihan maklumat : mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data
4. Ketagihan komputer : terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain
5. Ketagihan permainan komputer : mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti


Pada pendapat aril,sebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan
 terhadap komputer dan internet menyebabkan ketagihan 
atau sebaliknya bergantung kepada cara 
dan konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu. 
Di samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian bagi menilai
 tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang boleh menyebabkan ketagihan:



1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya

2. Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa

3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet

4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa

5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan secara langsung dengan komputer dan internet dan mula mengasingkan diri dari masyarakat

6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu

7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan pertengkaran.



 Kita mempunyai banyak cara untuk menyelesaikan masalah ini.
Namun aril cube beri beberapa contoh yang simple
 tapi mungkin berguna kepada anda bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku,
 strategi dan langkah berikut boleh lah diberi perhatian:



1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka

2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu

3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa

4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan

5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan



Kesimpulan: Hanya mereka yang mampu mewujudkan keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar serta tidak melupakan kewajiban sebagai hamba Allah s.w.t sahaja yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka untuk kebaikan sesama manusia dunia dan akhirat.
3 sayang aril:

nukilan tu mcm dalm kelas 1Citizen certification lak rasanya.. hehhehe

Dear Sir/Madam,

DETERMINANTS OF WEB BLOGGING BEHAVIOR

We are lecturers from the Faculty of Information Management, Universiti Teknologi MARA (UiTM) and currently undertaking research on the above topic. We would be grateful if you could be kind enough to spend a few minutes to answer this research questionnaire which aims to log individual web blogging behavior and the corresponding determinants.

Rest assured that your replies will be strictly CONFIDENTIAL and that no individual will be named in the research report. All information gathered will be used only for the purpose of this research. If you have any enquiries with regard to this questionnaire, please do not hesitate to contact us via email at ayuu76@yahoo.com or yanty@salam.uitm.edu.my.

We look forward in receiving your quick response. Your cooperation is highly appreciated.

Wish your day showers with joys and your life flowers with happiness always.

Thank you.

Yours sincerely,

Yanty Rahayu Rambli (Ayu Yr)
Associate Professor Muhamad Noorman Masrek
Norizan Anwar

I've invited you to fill out the form Research on Deteminants of Web Blogging Behavior of Internet Users. To fill it out, visit:

https://docs.google.com/forms/d/1miCTVVo66OO1gc4kGRXZJpfmlFIqVql9eF-nuyrAto8/viewform


This comment has been removed by the author.

Selamat Datang kepada blogger-blogger yang chantek dan hensem!

p r o t e s ! !

Photobucket

M e h L a KLIK!


B o l e h U s h a !

P e l a w a t !

hit counter

U p T r a f f i c !

U n i K L B l o g g e r

Followers


A r i l J o e y's