Assalamualaikum kawan kawan,
Apa khabar semua? moga sihat selalu :)
bila cuti panjang ni aril duduk rumah je.huhu
da tak tau nak buat apa da.semua jadi boring je.
bela lemak dan boroikan perut je la.hahaha
bila da duduk rumah tu memang on9 je la keje nya
ok,malas nak cite panjang-panjang
sekarang ni da timbul pulak isu hudud..
bagi aril tiada masalah kalau di laksanakan
kerana ianya untuk orang yang beragama Islam sahaja
manakala tidak ada kaitan dengan yang bukan Islam.
so, pada pendapat aril memang elok lah di laksanakan.
pendapat aril ni bukan la berunsur kan politik malahan ianya
lebih kepada kepentingan agama Islam..
ok di sini aril ingin menghuraikan apa itu hudud dan ada sedikit video
berkenaan dengan hukum hudud.
Pesanan : semoga anda paham dan selamat beramal :)
1. Pengertian Hudud;
(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(a) Zina;
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
(b) Qazaf (menuduh zina);
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(c) Minum arak;
Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
(d) Mencuri;
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan
(e) Merompak;
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman :
sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara
(f) Riddah (murtad);
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
# Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.
p/s : contoh untuk tatapan umum.ada bob lokman dan
special mat luthfi..haha
p/s : ihsan dari google.semoga bermanfaat