a r i l  J o e y ' s
Assalamualaikum dan salam sejahtera,terima kasih kerana sudi blog aril yg tak seberapa dan tak famous ni,hehe.aril harap bila rakan-rakan blogger datang sini aril boleh kongsi sedikit pengisian bersama anda semua.Kalau ada post mencurigakan ianya di edit oleh admin ke-2.Harap maaf jika ada sebarang persamaan di dalam entry dan sebagainya.PEACE!


I n t e r n e t !

6:55 AM

Salam 1 Malaysia, 1 Blogger.

Apa itu Ketagihan Internet? 
Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini 
telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit 
atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder)
 atau pun ketagihan komputer?
 Adakah ia sejenis penyakit baru yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan? 
Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit, 
sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh komputer dan internet?
 Adakah komputer atau internet juga boleh menyebabkan ketagihan?


Kajian yang dijalankan oleh Netaddiction. com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan seperti berikut:
1. Ketagihan seks siber : cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain

2. Ketagihan hubungan siber : keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya

3. Ketagihan maklumat : mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data
4. Ketagihan komputer : terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain
5. Ketagihan permainan komputer : mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti


Pada pendapat aril,sebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan
 terhadap komputer dan internet menyebabkan ketagihan 
atau sebaliknya bergantung kepada cara 
dan konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu. 
Di samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian bagi menilai
 tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang boleh menyebabkan ketagihan:



1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya

2. Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa

3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet

4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa

5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan secara langsung dengan komputer dan internet dan mula mengasingkan diri dari masyarakat

6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu

7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan pertengkaran.



 Kita mempunyai banyak cara untuk menyelesaikan masalah ini.
Namun aril cube beri beberapa contoh yang simple
 tapi mungkin berguna kepada anda bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku,
 strategi dan langkah berikut boleh lah diberi perhatian:



1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka

2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu

3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa

4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan

5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan



Kesimpulan: Hanya mereka yang mampu mewujudkan keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar serta tidak melupakan kewajiban sebagai hamba Allah s.w.t sahaja yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka untuk kebaikan sesama manusia dunia dan akhirat.
Read On 3 sayang aril

B e l a j a r !

1:54 AM
Assalamualaikum semua!
Pejam celik pejam celik da lama jugak tak update blog ini...
so skrg aril tgah blaja nk bagi tingkatkan
penguasaan dalam bahasa omputeh ni..
hahaha..

so konklusi ni mungkin leh bantu korang 
yang senasib dengan aril ( noob)..
jadi jangan malu bertanya 
dan 

last sekali jangan malu tuk belajar..
Usaha Tangga Kejayaan BRO!



1. Banyakkan membaca....

Dengan cara ni mungkin pada asal nya korang rasa akan malas..so bila korang cuba membaca bila sangkut2
sekali pon lama tu lancar la..sama la mcam kita mengaji Al-Quran sekali pon..hari2 baca suara pun lunak dan merdu...yang penting kalau belajar tu biar la ade Guru atau org yang leh assist anda...

2. Latihkan diri anda....

Untuk sesetengah org mungkin rajin atau tak nak langsung? berlatih ? ouh malas nya kita kan..so mungkin aril boleh beri anda sedikit semangat untuk anda mencuba berlatih pada masa lapang..cakap sorang2 depan cermin pon boleh jugak...mungkin nampak macam org bodoh tapi sape kan tahu hasilnya...Hanya Allah dan diri kita sahaja yg tahu..

3. Kamus

Untuk yang newbie mcam aril ni...leh la selak2 kamus tu..mana taw jumpe perkataan baru ke kan..leh la belajar maksud dan ketahui makna-maknanya sesuatu perkataan yang belom kite tahu...banyak yang boleh kita belajar dari Kamus tu..banyak kegunaannya..yang da pandai tu msti pham ape aril ckap kan..haha

4. Dengar dan pahaminya...

Sesiapa yg suka layan lagu metal dan hardcore tu..tak salah law korang pn belajar jugak ape yang dorang ckap..dan kite jugak dapat tahu ape kah tema group dorang dan ape kan makna lirik dalam lagu mereka..
Bagi aril cara ni lebih rileks dan kebanyakan org akan suke wat perkara ini. Kita juga boleh belajar dari keadaan sekeliiling kita yg semakin baju dan bhasa omputeh ni jugak semakin luas di gunakan..so bole belajar di mana2 sahaja yang korang nak..


5. Oh! My English

Dari yang aril perhatikan cerita atau program yg astro wat pon ade bnyk gunanya..contohnya Oh!My English,Discovery la kan...sesiapa yg kurg mahir dan malas nak pergi mana-mana leh je baring kat rumah dan tgok je cite ni..Settle la sedikit sebanyak masalah anda..

6. Belanjakan duit sikit..

Sape yang ada duit lebih tu apa salahnya pergi je pusat yang menyediakan kursus bahasa omputeh ni..bagi aril tak rugi anda melabur..anda juga yang untung..labur sikit..untung banyak..pandai cakap omputeh senang je nak cari keje..sekarang ni rata-rata student masalah dorang nak speaking je..yang lain2 superb da..iya kan ?

Info ini mungkin da ramai yang share,
So tak rugi pon aril share,
Mungkin untuk kawan, saudara-saudari
Dan jugak diri sndiri..
So aril minx maaf jika pengongsian aril ini tidak bermanfaat
Dan juga membuang masa korang semua..
Sebarang komen atau kritikan sila lemparkan ke ruangan komen. PEACE!

P/s :  Usaha ada, Hasil ada, Tiada usaha, Mimpi je la ye :p
Read On 0 sayang aril

T o p 10 !

4:16 PM
Salam kawan-kawan!
hari ini aril nak post something..pssssttt..
jangan bagi tahu org lain taw..ehek :)

so, bagi anda yang bercinta
ayat-ayat yang ade dalam top 10 
ini lah yang selalu anda akan dengar
apakah T o p 10?


ok sekarang aril akan huraikan satu persatu...
ianya sangat simple
tetapi
membawa seribu makna kepada seseorang..
yang bercinta la..
yang tak tu jangan komen apa-2..hak3 :)


inilah dia...

TOP 10 :

1. Thanks for everything :(

2. Hope awak jaga diri elok-2 dan bahagia bersama si dia..

3. Maafkan saya untuk segalanya

4. Semua ini salah saya

5. Biar la Tuhan yang tentukan jodoh kita

6. Mungkin kita tak de jodoh 

7. Engkau sentiasa dalam doa ku

8. Saya sakit saya tak nak awk sedih :(

9. Saya mengaku saya ade orang lain..

10. Saya sedar siapa diri saya..


 Gambar 1 : salah paham agaknya..hihi



Gambar 2 : pening pale

P/s :ayat ini adalah olahan semata-mata ..tiada kene mengena dengan sesiapa
samaada masih hidup atau sudah meninggal..enjoy :) peace yo !!!
Read On 10 sayang aril

S e n y u m !

10:16 PM
Assalamalaikum w.b.t semua!
adakah aril bermimpi di siang hari?
tentulah tidak...
anda mesti tertanya-tanya apa yang buatkan
aril eksaited sampi wat entry 2 kali sehari nihhh...
sebenarnya tak ade ape-2 pun..

Cuma hari ni aril nak wat entry pasal senyum..
apa kah itu senyum..?
senyum adalah perkara yg biasa dilakukan
oleh org yang sedang bergembira / mood baik / menutup kesedihan.
 oleh sebab itu 
mungkin aril boleh amek kesempatan ini
untuk memberi anda 'spirit' untuk s e n y u m 
setiap hari.mungkin ya, mungkin tidak !




p/s : tanpa buang masa.. ayuh SENYUM!!


'SENYUM' ringan tak bersuara tapi ada makna .

'SENYUM' tiada nilainya dan tidak boleh di beli.

'SENYUM' tidak perlu tenaga tapi , besar motivasi kepada someone.

'SENYUM' hal yang mudah dan selalu indah.

'SENYUM' 1 hal yang biasa tapi , boleh jadi istimewa.

'SENYUM' ibadah yang mudah dan juga sedekah .


pesanan aril buat semua apa pun yang berlaku , 
jangan lupa maniskan wajah dengan senyuman.
good luck semua!
Read On 3 sayang aril

Y e s Or N o

2:20 PM
Salam bloggers sekalian.
selama sejahtera semua!!!
maafkan aril kerana telah membiarkan blog ni berkulat selama 
beberapa minggu  
so hari ni bangun je pagi td
ade la satu idea terlintas di kepala
ianya tak lah bernas sangat tapi 
tak de la teruk sangat kan..hik3..


anda pasti tertanya-tanya kan ape yang aril nak post kan
sebenarnya aril just nak fokus pasal budak-budak sekolah je..
adakah masalah disiplin?
oh tidak....
sebab utamanya ialah kerana result da keluar.
bagi yang mendapat straight A itu aril nak ucapkan tahniah..
jangan berhenti setakat ini sahaja..
sebabnya jalan anda masih jauh..
lagipun masing-masing ade jalan sendiri kan..
begitu juga dengan aril...


selepas melihat tajuk posting ini 
anda semestinya tertanya-tanya
apakah itu

Y e s OR N o ?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 buffering jap...
.
.
.
.
.
.
..
.
compeleted.







 p/s : sekadar gambar hiasan

sebenarnya aril nak fokus kan kepada yg kurang berjaya 
kerana mentaliti mereka akan 'down' berbanding yang berjaya
pasti mereka akan berfikir..
macam mana la aku time pmr atau spm nanti?


Nasihat aril kepada adik2 semua :

1. Jangan berhenti belajar
2.  Hormat ibubapa dan guru
3. Luangkan masa anda dengan betol
4.Berguru dengan aril


*ok no.4 tu tipu..haha



so adik-adik semua jaga la masa anda yg sebaiknya sebab masa yg lepas tak
akan berulang lagi..huhu
semua nasihat ini ikhlas dari aril..sekian!
Read On 2 sayang aril

H u k u m H u d u d

10:29 AM
Assalamualaikum kawan kawan,
Apa khabar semua? moga sihat selalu :)
bila cuti panjang ni aril duduk rumah je.huhu
da tak tau nak buat apa da.semua jadi boring je.
bela lemak dan boroikan perut je la.hahaha
bila da duduk rumah tu memang on9 je la keje nya

ok,malas nak cite panjang-panjang
sekarang ni da timbul pulak isu hudud..
bagi aril tiada masalah kalau di laksanakan
kerana ianya untuk orang yang beragama Islam sahaja
manakala tidak ada kaitan dengan yang bukan Islam.
so, pada pendapat aril memang elok lah di laksanakan.
pendapat aril ni bukan la berunsur kan politik malahan ianya 
lebih kepada kepentingan agama Islam..

ok di sini aril ingin menghuraikan apa itu hudud dan ada sedikit video
berkenaan dengan hukum hudud.

Pesanan : semoga anda paham dan selamat beramal :)


 1.      Pengertian Hudud;

 (a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.

(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 

 Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya

(a)  Zina;

 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

 (b) Qazaf (menuduh zina);
        
      Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
   
 (c)  Minum arak;
     
      Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali



 (d)  Mencuri;
      
       Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
       Hukuman : potong tangan

 (e) Merompak;


      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
      Hukuman :
      sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara


(f) Riddah (murtad);
     
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
           
 # Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang.





p/s : contoh untuk tatapan umum.ada bob lokman dan 
special mat luthfi..haha







p/s : ihsan dari google.semoga bermanfaat
Read On 4 sayang aril

T a k z i a h !

9:31 PM
Assalamualaikum kawan
seperti yang di gembar-gemburkan di dalam post sebelum ini
aril malas nak update sebenarnya

Tetapi,
pada hari ini kita di kejutkan dengan kemalangan ngeri yang berlaku
pada awal pagi td.
Dalam kejadian tersebut,
Empat orang maut ( dua pelajar), lima cedera parah
manakala 20 lagi cedera 
apabila bas yang mereka naiki terbabit dengan
sebuah lori di Km382,
Lebuhraya utara-selatan PLUS berhampiran Slim River.

Kesimpulannya,
Aril selaku wakil keluarga ingin mengucapkan Takziah 
kepada keluarga yang terlibat.
Al-Fatihah.


Read On 2 sayang aril

W o r d l e s s !

12:31 AM
Salam semua.
apa khabar bloggers semua?
ada baik ke tak dak? kuh3.

 minggu ni agak malang sikit
so, WORDLESS lahh!
malas nak update ape-ape lagi 
tension nye lahh kan.
bg pendapat anda ape yang perlu sy wat jika ada masalah?


' do what you can, with what you have, where you are '

(no image)
Read On 6 sayang aril

S e l a m a t H a r i R a y a A i d i l a d h a !

9:19 PM
Salam aidiladha semua !
apa khabar kawan-kawan semua?
Hari ini merupakan Hari Raya Qurban di mana
umat Islam menunaikan Haji dan menjalankan amalan Qurban.
Hari ini aril turut serta dalam aktiviti melapah lembu

Aktiviti ini sangat menyeronokkan bila ramai yang 
datang untuk bergotong royong melapah lembu.
So, kawan-kawan leh la usha gambar-gambar kat bawah ni
ckap banyak pon tak guna jugak kan..hahaha :p


 01 - pulun-pulun.haha
 02 - lapah lembu
 03 - kontrol hensem.huhu
 04 - wuhuu...
 05 -  si kecil termenung
 06 - pengagihan daging lembu
 07 - timbang berat
08 - banyak lagi ni,hehe


Begini lah suasananye, anda bagaimana ?




best nye lah suasana ni ..
zaman sekarang semua sibuk dengan hal ni
da kurang da gotong royong ni..hehe peace


Assalamualaikum semua!
Read On 8 sayang aril

U t a r a atau N o r t h !

12:07 AM
Assalamualaikum!

Mai belajaq bahasa utara..manala taw bakai kawen oghang utagha ka=)
1.Qhe-ngau = cakar

2. Se-qheyat = reda/ surut
3. Hambat = kejar
4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15 Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30 . Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes
33. Hemoi = "muka tak malu"
34. Me-qhe-nyeh = menggatal
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau
36. Hapak pera'e = bau hapak
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"
38. Celuih = muat
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau
40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"
42. Kampoi = kumpul/ kaut
43. Je-qhang = rebus
44. Capoi = celupar
45. Te-qhe-bey = lastik
46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor
47. Me-qho-not = membongkok
48. Sene-qheh = selisih
49. Be-qha-chaq = comot/ kotor
50. Qhembang = gemuk / merembang
51. Pedo = hati-hati
52. Peqhusah = urus
53. Hapuih = tenggelam (lemas)
54. Qhan-dok = redah
55. Se-ghoh = kebah/ kurus
56. Qhen-jong = tinggi lampai
57. Pe-qho-ngoih = panas baran
58. Takek = ketuk/potong
59 Be-qhemba = bersaing/ lumba
60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir
61. Ge-qhet = gigit
62. Tahaq = tahan
63. Qha-gaih = panjat
64. Melewaq = merayau
65. Melahaq = kebulur
66. Qha-bat. = naik/panjat
67. Qhim-bok = belasah
68. Mengkelai = berkelahi
69. Cuak = seram / tak sedap hati
70. Juih = mulut muncung
71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan
72. Qhodong = melulu
73. Qhedah = redah
74. Ayaq seqhebat = air sirap
75. Peqhasat = sangat dengki
76. Mandom = lembap / lambat
77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda )
78. Tepok = lumpuh / tampar
79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca )
80. Kok-ko = dukung
81. Mai = mari
82. Terple'ot = terseliuh
83. Gomoi = bergaduh/ bergusti
84. Ketit = cubit / kena gigit serangga
85. Ga-qhet = gatal/ mengada-ada khas utk pompuan
86. Nala = tersangat / besar
87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok
88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai
89. Pediah = habuan
90. Polok = makan penuh mulut
91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi
92. Qhe-ling = jeling
93. Peng-kaq = kaki tempang
94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut )
95. Kesot = alih mengesot
96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil
97. Cempong = angkat/ dukung
98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi
99. Conek = ekor
100. Depa = mereka
101. Qha-let = leka/cuai
102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free
103. Bakup = mata layu / mata bengkak
104. Katok = ketuk/pukul
105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai
106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2 dikedah!
107. Ikan ka-qhen. = ikan laga
108. Bijik qhe-mia = warna keunguan
109. Ikan temenung = ikan kembong
110. Sendai = ketatkan/ kemaskan / selak/lapet
111. Jarmen(istilah) = degil
112. Camde = tak faham bahasa (tak dengar kata)

*Ni cara sebutan,ejaannya tak redah je..asalkan bunyi sama.
Read On 2 sayang aril

P a k P a n d i r's Story

1:43 PM
Pada suatu petang , pak pandir telah ke pasar untuk membeli barang dapur , sekembalinya dari pasar , pak pandir menyuruh isterinya menyiang ikan yang telah dibelinya 
si isteri: bapaknya! macam mana nak siang ikan ni? ikannya hidup lagilah
pak pandir: apa yang susah sangat tu?
si isteri: takkan nak ketuk kepala ikan ni pulak, tak sampai hatilah
pak pandir: ala maknya, remdam saja ikan tu dalam air, lemaskan saja ikan tu. sekejap lagi matilah
si isteri: &*%$#@!? 

janji aku update..haha
Read On 3 sayang aril

S e l a m a t H a r i R a y a !

9:29 PM
Assalamualaikum.
wah ! da sebulan da aril puasa..sedar tak sedar sekarang da 4 syawal
bersamaan raya ke-4.
al-maklumlah aril ni mmg malas sngt nak update tambah-tambah lagi
duduk kat tempat yang xde tenet ni..
wuhuuuu!

semua tu alasan je ..haha ! :p
ape pon di hari raya ni walaupon da terlambat tetapi
masih belom terlambat nak ucapkan selamat hari raya 
dan Maaf Zahir Dan Batin kepada semua blogger dan pembaca-pembaca blog aril ni.

akhir kata di musim perayaan ini hati-hati ketika memandu
dan ingat la kepada yg tersayang :)




kami sekeluarga menjemput anda semua ke rumah :)
Read On 7 sayang aril

S e l a m a t B e r p u a s a

4:12 PM
Assalamualaikum semua
aduhai penat jugak bekerja bulan puasa ni
padahal tidur jek.haha
so,
hari ini merupakan hari keempat kita semua berpuasa,
bagi sesiapa yang tidak berpuasa dengan sengaja maka bertaubat la 
kerana ianya wajib dalam Islam.

Dengan blog ini dah agak lama tersadai so ini je la pesan aril
untuk kawan-kawan semua.
Mudah-mudahan kita semua di berkati Allah S.W.T..
dan diharuskan juga amalkan amalan-amalan sunat.
Semoga kita semua dapat menunaikan ibadah puasa selama sebulan ini.


Enjoy yourself :)

akan di sambung kemudian...
Read On 0 sayang aril

K e n a n g a n ku !

5:21 PM
Assalamualaikum semua!
hari ini merupakan sisa-sisa hari terakhir
sebelom berangkat ke kuala perlis, Perlis indera kayangan.
yeay boleh balek ke rumah Tok wan!
huhu.
pada hari ini aril ingin menceritakan tentang kenangan aril
kenangan dengan awek ke?
ish! bukan la, ini yang lain..
tak lain dan tak bukan 
HANDPHONE.

Ketika di zaman persekolahan dulu.
aril mula membeli handphone pada umur 16.
bagi sesetengah org umur tu mungkin da lewat.
tap bagi aril ianya sungguh bermakna 
aril beli dengan menggunakan duit sendiri.
so, 
rasa nya amat lah happy tak terhingga!
yelah..zaman dulu mane nak ada handphone-handphone canggih
macam skrg ni....
yang buruk-buruk pon mahal lagi time tu.
Jadi berbekal kan duit kerja dan duit tambahan
so dapat la beli handphone biasa je.
Alhamdullilah..dari sumber yang halal jugak..:)

so , pada entry kali ini aril tidak menceritakan kenangan bersama orang tersayang
sebab tak ade awek pon..hahaha
sedih gila ayat..kah3.
tapi tak pe lah.bila da smpai jodoh tak kemana jugak kan..
*ni da lari tajuk ni!


so kat bawah ni aril nak tunjuk koleksi handphone yang penah aril pakai..





*1st - 2006 - mid 2007 ( jual kat orang )



*2nd - mid 2007 until 2009( second hand tp nmpk baru )

*3rd - 2009 - mid 2009 ( pinjam bapak punya. haha!)


* 4th - mid 2009 until mid 2010 ( ade orang curi, tak guna ! )


* 5th - mid 2010 until sekarang !  


* wawasan seterusnya !



P/s : maaf..ihsan google sahaja buat kali ini

Read On 16 sayang aril
Selamat Datang kepada blogger-blogger yang chantek dan hensem!

p r o t e s ! !

Photobucket

M e h L a KLIK!


B o l e h U s h a !

P e l a w a t !

hit counter

U p T r a f f i c !

U n i K L B l o g g e r

Followers


A r i l J o e y's